Sumber boleh diperbaharui
Sumber boleh diperbaharui

Sumber boleh diperbaharui

Sumber boleh diperbaharui ialah sumber semula jadi yang akan bertambah lagi untuk menggantikan bahagian yang sudah habis oleh penggunaan, sama ada melalui pengeluaran semula jadi atau proses berulang-ulang yang lain dalam jumlah masa yang terbatas dalam skala masa manusia. Sumber boleh diperbaharui sebahagian daripada persekitaran semula jadi Bumi dan komponen terbesar ekosferanya. Taksiran kitaran hidup yang positif ialah penunjuk utama kelestarian sumber.Takrifan sumber boleh diperbaharui boleh juga termasuk pengeluaran pertanian, iaitu pertanian lestari dan termasuk sumber air.[1] Pada tahun 1962, Paul Alfred Weiss mentakrifkan sumber boleh diperbaharui sebagai: "Jumlah julat organisma hidup membekalkan manusia dengan hidup, serat, dll...".[2] Jenis sumber boleh diperbaharui yang lain ialah sumber tenaga boleh diperbaharui. Sumber biasa tenaga boleh diperbaharui termasuk kuasa suria, geoterma dan angin, yang semuanya dikategorikan sebagai sumber boleh diperbaharui.